3 Tips Google Ads Yang Simple Untuk Mengenalpasti Pasaran

Bagaimana mengenalpasti pasaran yang telah mempunyai permintaan.

Dengan maksud yang lebih mudah, bagaimana nak tahu produk atau servis yang ingin kita promosikan itu ada orang mahu beli atau tidak.

Atau dengan bahasa pendek, adakah market yang ingin kita tembusi telah disahkan mempunyai pemintaan/pelanggan? (validated).

Konsep asas di google ialah sekiranya tiada orang mencari, maka tak gunalah produk yang bakal kita jual.
Ianya lebih kepada mengawal risiko bisnes. Sekiranya tiada produk yang orang mahu, buat apa kita jual.
Apakah kita mahu menanggung kerugian menyimpan produk tak laku didalam stor, bawah katil atau dibuat sendal pintu?

Risiko bisnes, mungkin ada diantara audience yang belum mengetahui mengenainya.
Kerugian sesuatu itu sudah pasti berlaku. Bagaimana pula kita mahukan perniagaan yang mampu menjana keuntungan
malah mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai warga negara yang membayar zakat & cukai perniagaan.

Di google anda boleh mendapatkan kesemua perkara-perkara penting dan asas sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

google auto suggest 1

1. Google auto suggest

Semudah menaip beberapa perkataan sahaja, anda sudah boleh mengetahui
produk atau servis yang ingin anda ofer kepada pelanggan mempunyai permintaan pasaran atau tidak.

Gambar 1 akan terpapar ketika anda sedang menaip di ruangan search box dalam bentuk variasi yang berlainan
tapi dari kelurga yang sama. Iniah yang dikatakan pesaing itu amat penting dan tidak boleh di ketepikan.

Sekiranya produk yang anda ingin jual tersenarai dan ada dijual di kalangan pesaing. Anda memang bertuah
kerana anda berada di dalam pasaran yang tepat. Cuma anda perlu menonjol dengan cara yang unik supaya anda dapat tempias daripada pasaran yang telah validated @ telah mempunyai ready buyer.

 

Sehingga ketemu di siri seterusnya. Sekian dari kami Persuade Growth PLT, digital marketing agency malaysia.

Sekiranya ada pertanyaan, sila komen dibawah.

Ahmad Riezal, Persuade Growth™
Accredited Google Partners Malaysia

Leave a Reply